Assalamualaikum dan salam sejahtera..
2014 adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia dengan kenaikan kos sara hidup. Kenaikan gaji tak setimpal dengan inflasi lebih memeritkan hidup kita. Anda perlu bijak untuk uruskan kewangan secara berhemah. Nak tak nak, anda perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan demi menampung kos hidup seharian. Salah satu cara yang boleh membantu anda menjana pendapatan ialah menerusi perniagaan di internet. Mengapa perlu memulakan perniagaan
di internet? Berikut ialah fakta yang wajib anda perhatikan :
1.
Modal perniagaan yang rendahMemulakan perniagaan internet tidak perlukan modal yang tinggi. Guna media sosial atau blog sudah
cukup.
2.
90% pengguna ada akaun media sosialPengguna internet di Malaysia mempunyai akaun media sosial Facebook, Twitter dan Instagram. Apa yang anda perlu buat ialah promosi produk atau servis anda pada mereka.
3.
Boleh dijalankan di mana sahajaHanya guna telefon pintar dan tablet, anda boleh menjalankan perniagaan internet di mana sahaja anda berada. Pelanggan anda yang ada telefon pintar dan tablet, mereka juga boleh membeli dari anda walau pun berada di mana sahaja.
4.
Kos operasi yang rendahDengan mempunyai talian internet, anda boleh menjalankan perniagaan anda sendiri. Tak perlu bayar sewa pejabat, elektrik air dan kos ubahsuai yang mencecah ribuan ringgit.
5.
Boleh mencapai pelanggan seduniaTerdapat 2.5 bilion pengguna internet. Jangan terkejut jika perniagaan anda mendapat pelanggan dari Amerika, Australia, Jepun, United Kingdom, Perancis, Timur Tengah atau dari mana-mana negara.
6.
Boleh dijalankan bila-bila masaRamai individu yang menjalankan perniagaan internet separuh masa untuk menjana pendapatan
tambahan. Waktu di rumah dan waktu lapang boleh diisi dengan waktu untuk menjalankan perniagaan internet. Anda boleh memenuhi pesanan pelanggan ketika waktu petang, malam atau hujung minggu.
7.
Pendapatan tidak terhadDengan teknik dan strategi perniagaan yang betul, anda boleh meraih rezeki tanpa had menerusi perniagaan ini.
Kesimpulan
Anda kini menggunakan internet setiap hari, apa kata gunakan internet untuk menjana pendapatan pula setiap hari!
I'm cowie, I can't be perfect :)