CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Welcome To This Blog..Leave Your Comment Okey..Thanxz"

OuR jOuRnEy

Daisypath Friendship tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 9 November 2011

Sembahyang adalah penawar bagi hati yang susah..

Kaum wanita zaman dahulu mampu memahami dengan baik bahawa hakikat sembahyang adalah hubungan antara hamba dengan Allah. Dalam hubungan antara hamba dengan Khaliq, maka hanya orang-orang yang khusyuk sahajalah yang mendapat balasan yang baik dari sembahyangnya:

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah Al-Mukminun: 1-2)

Bertolak dari pengertian mendalam itulah mereka sentiasa bersemangat untuk menghidupkan malam-malam mereka dengan sembahyang yang khusyuk dan meninggalkan urusan dunia buat sementara. Mereka menyedari bahawa bekalan yang paling baik untuk akhirat dan untuk menyeru sesama kaum muslimin adalah sembahyang. Sebab, sembahyang memberikan kekuatan untuk menghadapi kesusahan.

Menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, terutama mengerjakan sembahyang adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah. Allah berfirman kepada Rasulullah s.a.w:

"Pada sebahagian malam, bersembahyang tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah Al-Isra': 79)

Dan Allah juga memuji orang-orang yang melaksanakan sembahyang malam:

"Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam." (Surah Az-Zariyat: 17)

Menurut satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke dalam masjid, kemudian melihat ada tali yang melintang antara dua sudut masjid, maka beliau bertanya: "Untuk apa tali ini?" Mereka berkata: "Tali ini milik Zainab. Jika dalam keadaan lemah, ia berpegang pada tali ini." Rasulullah bersabda: "Bukalah tali ini. Sembahyanglah kamu sesuai dengan kemampuan kamu. Jika lemah maka sembahyanglah dalam keadaan duduk."

Menerusi hadis tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa para wanita ketika itu benar-benar memaksa diri mereka untuk mendapat reda Allah. Lalu Nabi s.a.w. melarang mereka memaksakan diri melakukan hal-hal yang di luar kemampuan. Sesungguhnya ibadah yang paling baik adalah yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit.

Sebaliknya, kaum wanita pada zaman sekarang menggunakan seluruh waktu mereka untuk urusan keduniaan. Bukankah sebaiknya mereka bangun di tengah malam untuk melakukan sembahyang supaya mereka mampu mengalahkan syaitan. Ketahuilah bahawa perkara terbaik adalah yang pertengahan. "Celakalah orang-orang yang berlebihan! Celakalah orang-orang yang berlebihan! Celakalah orang-orang yang berlebihan!" Rasulullah s.a.w. mengulangnya tiga kali menunjukkan betapa buruknya melakukan sesuatu yang berlebihan, di luar kemampuan.


Pedoman hidup:
Yakinlah kepada Allah jika anda benar. Bergembiralah menghadapi hari esok jika anda bertaubat. Kesabaran adalah kunci kebahagiaan..


I'm cowie, I can't be perfect :)

p!ecEs_GuRLz

Daisypath Anniversary tickers

Si chubby

Daisypath Happy Birthday tickers