CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Welcome To This Blog..Leave Your Comment Okey..Thanxz"

OuR jOuRnEy

Daisypath Friendship tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 10 Disember 2011

Kemelut 0mbak Rindu

..SEBENARNYA Joyah gembira dengan perkembangan filem Ombak Rindu yang disifatkan sebagai fenomena ketika ini. Banyak orang yang dah pergi menonton sibuk memberitahu filem tersebut memang benar-benar meresap ke dalam jiwa mereka.

Dari satu sudut Joyah memang gembira. Dah lama rasanya tak ada fenomena yang berlaku macam ni. Kalau dulu filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pun, situasinya agak sama dengan apa yang berlaku pada Ombak Rindu.

Lantas menyebabkan ramai yang pergi menonton buat kali kedua walaupun kedua-dua genre ini memang berbeza. Yang akan jadi masalah kalau penonton ke panggung tetapi apabila mereka pulang masing-masing senyap. Itu bahaya.

Tapi dalam orang seronok memperkatakan Ombak Rindu begitu meruntun jiwa, tiba-tiba penulis novel berkenaan mula buka mulut tentang isu bayaran. Soal bayaran ni memang sensitif.

Apa yang diungkit oleh Fauziah Ashari mungkin ada asasnya. Tapi kenapa baru sekarang nak ungkit semua itu? Kenapa bila filem berkenaan kutip lebih RM5 juta, baru Fauziah nak cakap soal bayaran.

Seharusnya daripada awal lagi Fauziah perlu tahu perkara ini. Yang menjadi masalah kenapa dalam kontrak dulu tak disebut syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh penerbit filem sekiranya naskhah itu berjaya atau sebaliknya? Itu hak mereka.

Ini yang menjadi kemusykilan Joyah. Joyah juga tidak berpihak kepada penerbit filem tersebut. Kalau sudah dapat berjuta-juta apa kata mereka berbincang secara baik dalam menyelesaikan kemelut yang melanda ini.

Nasihat Joyah kepada mana-mana penulis yang hebat agar lebih peka dalam soal macam ni. Ini bukan pertama kali berlaku..


I'm cowie, I can't be perfect :)

p!ecEs_GuRLz

Daisypath Anniversary tickers

Si chubby

Daisypath Happy Birthday tickers